Aku Sepasang Kasut

Assalamu’alaikum teman-teman kali ini Keena akan bercerita tentang sepasang kasut. Perkenalkan, Aku sepasang kasut. Aku dilahirkan di Kilang Bata Sendirian Bahad pada tahun 2014. Saizku adalah 31 manakala aku berwarna hitam. Pada tanggal 14 MAC 2014,aku dibawa ke kedai kasut Bata yang terletak di Shah Alam. Seorang budak lelaki berminat untuk membeliku dengan harga RM 80.00 sahaja. Kemudian aku dibawa ke rumah dia. Aku digunakan untuk ke sekolah. Setiap hari kecuali hari Ahad tuanku menggunakanku. Tuanku sangat menyayangiku. Setelah hampir 2 tahun, aku mula rosak. Kulitku telah terkoyak dan tapakku telah tercabut. Tuanku mula membenciku. Tuanku telah membeli kasut yang baru. Tamatlah riwayatku sebagai sepasang kasut.